DUA GOLONGAN PENGHUNI NERAKA

1.      Penguasa bercemeti
2.      Perempuan bertelanjang
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang-lenggok waktu berjalan, menghayun-hayun bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya."
 (Riwayat Muslim)ULASANKebenaran sabdaan Rasulullah s.a.w. ini dapat kita lihat daripada realitimasyarakat yang ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orangdengan cemeti tanpa soal-siasat, bertindak kepada manusia dengan hokum rimba. Dan ramai perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya,kalau kita hendak kata berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kaindi atas badan, dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh, keranaw alaupun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Ataupun ia berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Mereka berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti goh unta.Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarakperjalanan 500 tahun sebelum sampai kepadanya.Hadis kelima belas dalam buku Empat Puluh Hadis Tentang Peristiwa Akhir Zaman susunan Abu Ali Al-Banjariyah An-Nadwi, terbitan Khazanah Banjariyah, MaahadTarbiah Islamiyah, Pokok Sena, Kedah Darulaman, tahun 1991, m.s. 42 dan 43.

0 Gemar:

Posting Komentar